Pusat Latihan Kemahiran SLC Sdn Bhd telah menerima lawatan waris dan bakal-bakal pelatih dari Sungai Petani, Kedah pada pagi kelmarin iaitu 24 Mac 2022 jam 10.30 pagi. Waris dan bakal-bakal pelatih dikhabarkan datang ke sini dengan menggunakan khidmat stesen KTM. Inilah kelebihan atau akses mudah bagi pelatih-pelatih di sini kerana SLC terletak berhampiran dengan stesen kereta api Bukit Mertajam. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan cara dan suasana pembelajaran yang begitu kondusif dalam bidang automotif di sini. Penerangan serba sedikit tentang Pusat Latihan Kemahiran SLC disampaikan oleh Encik Shahrir Anuar selaku pegawai eksekutif pemasaran. Pihak SLC mengalu-alukan kedatangan waris dan bakal-bakal pelatih berkunjung dan melihat sendiri suasana pembelajaran yang terdapat di sini.