Persediaan Pelajar Worldskill Malaysia & Worldskill Shanghai 2022

Sekumpulan pelajar Diploma yang sedang berlatih untuk pertandingan Worldskill Malaysia 2022. Seramai 3 orang pelajar telah terpilih mewakili SLC Auto Academy dalam pertandingan tersebut yang akan berlangsung pada Jun 2022. Manakala seorang lagi pelajar juga berlatih mengasah bakatnya. Beliau akan bertanding bagi mewakili kolej dan Malaysia dalam pertandingan Worldskill Shanghai, China yang akan diadakan pada Oktober 2022. Syabas dan selamat maju jaya kami ucapkan. Semoga para pelajar yang terpilih ini membawa hadiah kemenangan yang diimpikan.
Kepada ibu bapa dan bakal pelatih, inilah masanya untuk mendaftar dan merebut peluang belajar dalam bidang automotif. Pelajar kami telah buktikan mereka mampu berjaya dalam bidang ini. Jangan lepaskan peluang. Program Yuran Percuma selama setahun masih dibuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.