Pusat Latihan Kemahiran SLC telah menerima kunjungan dari pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Badong, Merbok, Kedah. Seramai 43 orang pelajar dari sekolah tersebut telah hadir untuk melihat sendiri bagaimana suasana belajar SKM bahagian Automotif di sini. Selain itu pelajar sekolah juga telah diberi peluang belajar amali selama 15 minit bersama tenaga pengajar kami di sini.